Saturday 10 December 2011

REFLEKSI

Salam Satu Malaysia,

Saya  ingin  berkongsi  serba sedikit   berkaitan  blog  saya  ini. Sebelum itu , saya   mengucapkan  beribu-ribu  terima  kasih  kepada  En Hafizul  yang  memberi  panduan  dan  tunjuk  ajar  untuk  menyiapkan  tugasan  ini. Saya  telah  menggunakan  blog  ini  untuk  pengajaran makro saya. Murid - murid sangat berminat  dan  memberi  respon  yang  sangat  baik. Apabila  hendak  menjawab soalan yang dikemukan oleh saya  mereka  semua  bersuka-suka  nak  menjawabnya. Apabila  mengajar  menggunakan  blog  saya  ini  saya  mendapati  saya  harus  memberi  perhatian  yang  lebih  teliti kepada  gambar  yang  digunakan  sebagai  backround post  dan  gambar yang  digunakan  untuk  post. gambar  yang  digunakan  haruslah  berkaitan dengan subjek yang diajar  dan  gambar- gambar haiwan dan juga   tulisannya  juga  perlu  jelas  dan  terang. Ini  adalah  untuk  menarik  minat  murid  terhadap  P & P. Selain  daripada  itu  warna-warna  yang  digunakan  juga  perlulah  terang.
      Dengan  menyiapkan  blog  ini  saya  telah  mempelajari  pelbagai  cara  untuk  mencipta  blog  yang  lebih  kreative. Kini  saya  dengan  sendirinya  boleh  mencipta  blog  dengan  pelbagai  cara.  Sekian, terima  kasih

No comments:

Post a Comment